AS siasat kaitan insiden di Las Vegas dan New Orleans
AS siasat kaitan insiden di Las Vegas dan New Orleans
Washington: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat kemungkinan kaitan antara letupan Cybertruck di Hotel Trump International, Las Vegas, Nevada, dan rempuhan trak pikap di New Orleans, Louisiana, kata Presiden Joe Biden pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.
Dalam ucapan dari Rumah Putih, Biden mengesahkan pentadbirannya turut memantau insiden letupan di luar hotel Trump.
“Penguat kuasa undang-undang dan komuniti perisikan sedang menyiasat perkara ini, termasuk sama ada terdapat kaitan dengan serangan di New Orleans,” katanya.
Di New Orleans, sebuah trak pikap F-150 berwarna putih merempuh kawasan French Quarter pada kira-kira 3.15 pagi pada Rabu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 orang maut dan lebih 30 lagi cedera.
Mangsa yang maut berada di dalam kenderaan semasa letupan, tetapi identiti mereka, termasuk jantina, belum dapat dipastikan, menurut Syerif Kevin McMahill dari Daerah Clark dalam satu sidang media.
Tujuh orang awam dilaporkan cedera dalam letupan itu.
AS siasat kaitan insiden di Las Vegas dan New Orleans
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.