9 ditahan dalam pesta minum arak, parti buih

9 ditahan dalam pesta minum arak, parti buih

9 ditahan dalam pesta minum arak, parti buih
JAINJ menahan sembilan individu beragama Islam di sebuah hotel di Taman Perling di sini, yang disyaki terbabit dalam pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu. – Foto ihsan JAINJ

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan sembilan individu beragama Islam di sebuah hotel di Taman Perling di sini, yang terbabit dalam pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata operasi bermula jam 11 malam hingga 3 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan dalam sebuah kafe di hotel berkenaan selepas mendapat aduan awam.

“Pemeriksaan mendapati hotel itu menyediakan ruang untuk menganjurkan pesta minum arak dan parti buih.

“Seramai 29 individu beragama Islam diperiksa terdiri daripada pekerja dan pengunjung dalam premis berkenaan.

“Sembilan daripadanya terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita, termasuk empat warga Indonesia didapati positif alkohol ,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


Beliau berkata, kertas siasatan di bawah Seksyen 19(1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor (EKJSNJ) 1997 dibuka kerana minum minuman yang memabukkan.

“Enam daripada mereka akan dihadapkan ke mahkamah, manakala tiga lagi dilepaskan dengan jaminan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, operasi di daerah lain menyaksikan 12 individu ditahan dengan masing-masing dua orang di Kluang, Kota Tinggi dan Segamat, manakala enam lagi ditahan di Kulai.

Katanya, mereka ditahan atas kesalahan khalwat dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 27(1)(2) EKJSNJ 1997.

 

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan sembilan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker