2 lelaki panjat tembok sempadan tinggalkan ganja 8kg bernilai RM400,000
2 lelaki panjat tembok sempadan tinggalkan ganja 8kg bernilai RM400,000
PADANG BESAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas dadah jenis ganja seberat lapan kilogram bernilai RM400,000 dalam satu operasi berhampiran Pos TS13, Jalan Keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand semalam.
Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata pasukan risikan yang bertugas menaiki kenderaan, mengesan cahaya lampu suluh dari arah tembok sempadan Malaysia-Thailand kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
“Pasukan risikan mendekati kawasan berkenaan dan memberi amaran dengan jeritan ‘polis’, kedua-dua suspek lelaki itu melarikan diri dengan memanjat tembok sempadan ke arah Thailand,” katanya pada sidang media, semalam.
Shahrum berkata hasil pemeriksaan menemukan sebuah beg galas hitam di tepi tembok sempadan dan pemeriksaan lanjut mendapati beg itu mengandungi sembilan ketulan mampat dadah disyaki ganja, serta pakaian suspek.
Dadah itu dipercayai untuk diedarkan ke pasaran di sekitar Perlis dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti sindiket penyeludupan di kawasan daerah berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Dalam pada itu, Shahrum berkata nilai rampasan dadah oleh PGA di Perlis mencatatkan penurunan pada tahun 2024, dengan jumlah keseluruhan RM455,900 membabitkan empat kes berbanding RM1,504,460 pada tahun 2023 (lima kes). – BERNAMA
2 lelaki panjat tembok sempadan tinggalkan ganja 8kg bernilai RM400,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.