Seorang lagi kru kapal karam masih belum dikesan

Seorang lagi kru kapal karam masih belum dikesan

Seorang lagi kru kapal karam masih belum dikesan
Anggota bomba dan polis marin menghampiri kapal nelayan yang karam di perairan Pulau Burong, Kuching. – Foto JBPM

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi nelayan yang masih hilang selepas bot mereka karam di perairan Pulau Burong, di sini, gagal mengesan mangsa hari ini.

Sehingga kini, lima daripada enam nelayan warga asing itu ditemukan selamat selepas terapung beberapa hari di laut.

Mereka yang ditemui selamat dikenali sebagai Oeun Van, Khlok Sem dan Thy Ny warga Kemboja serta Andikah dan Irman warga Indonesia.

Mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Chaloem Sonada, warga Thailand berusia 60-an.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, SAR dihentikan pada 6 petang tadi selepas pasukan pencari tidak menemui sebarang petunjuk.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


“Operasi yang diatur gerak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan disambung esok,” katanya.

Beliau berkata, JBPM baru dimaklumkan berhubung kejadian itu, 6.35 pagi tadi.

Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya diarah ke Kompleks Maritim Tun Abang Salehuddin di Muara Tebas untuk menyertai SAR bersama APMM dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5.

Bot nelayan tempatan dengan enam kru warga asing itu bergerak dari jeti Tanjong Bako, di sini, pada 17 Disember lalu.

Pada 20 Disember, bot nelayan itu terputus hubungan dan dikhuatiri karam.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara


Pemilik bot iaitu warga tempatan membuat laporan mengenai insiden bot karam di Balai Polis Santubong, Isnin lalu.

Tiga kru iaitu Khlok Sem, Adikah dan Irman berjaya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang lain di kedudukan 3.5 batu nautika di barat Pulau Burong pada pagi Isnin.

Pada hari yang sama, seorang lagi kru iaitu Thy Ny diselamatkan oleh sebuah kapal di Tanjung Po, Muara Tebas, namun kapal berkenaan yang dalam perjalanan ke Sibu terus membawa mangsa ke pelabuhan di Sibu.

Selepas dirujuk kepada APMM, mangsa kemudian diserahkan kepada PPM Sibu seterusnya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu untuk dibawa ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan sebelum dihantar ke Kuching untuk tindakan lanjut, semalam.

Sementara itu, mangsa kelima iaitu Oeun Van dijumpai selamat di kawasan Sungai Serpan Laut, Asajaya oleh nelayan tempatan di kawasan perairan Asajaya, 3.30 pagi semalam.

Seorang lagi kru kapal karam masih belum dikesan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker