Penggantungan KAFA sah dan tepat- Peguam sukan

Penggantungan KAFA sah dan tepat- Peguam sukan

Penggantungan KAFA sah dan tepat- Peguam sukan
KAFA digantung FAM. FOTO ilustrasi BH

Kuala Lumpur: Peguam sukan tempatan, Zhafri Aminurashid menjelaskan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) adalah tepat.

Katanya, kes babitkan isu dalaman Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) tidak sama seperti apa yang berlaku ke atas KAFA.

“Umum mengetahui bahawa kes PAFA berlaku pada tahun 2022. Pada ketika itu, belum wujud lagi peraturan yang dikenali sebagai Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Tatacara Dalaman bagi Penyelesaian Pertikaian Dalam Badan Sukan) yang mula digunapakai selepas kes Perak tersebut.

“Secara ringkas, peraturan ini mewajibkan tiap-tiap badan sukan hendaklah menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul di dalam badan sukan tersebut mengikut tatacara dalaman yang ditetapkan dalam statut atau perlembagaan persatuan.

“Sekiranya tidak dapat diselesaikan barulah boleh merujuk kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan. Adalah jelas di dalam kes ini, KAFA telah melanggar obligasi Ahli yg ditetapkan di dalam Statut FAM iaitu khususnya Artikel 16 (1) (ix) iaitu gagal untuk memastikan pemilihan diadakan mengikut prosedur yang menjamin kebebasan sepenuhnya pemilihan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


“Oleh kerana berlakunya pemilihan yang tidak sah, segala pelantikan jawatan juga adalah terbatal dengan sendirinya. Berdasarkan itu, FAM memutuskan bahawa keahlian KAFA digantung sehingga pemilihan semula diadakan,” katanya di laman Facebook miliknya.

Ujarnya lagi, ada pihak yang mempertikaikan kenapa sekarang baru buat keputusan walaupun pemilihan KAFA tersebut diadakan pada 20.7.2024.

“Difahamkan aduan awal telah dibuat oleh tiga entiti tersebut kepada PPS dan PPS telahpun pada bulan September 2024 mengarahkan FAM untuk menyelesaikan aduan tersebut sebelum boleh dipanjangkan ke PPS.

“Tempoh masa selama dua bulan untuk FAM selesaikan aduan tersebut adalah satu tempoh yang memadai. Malah antara penyelesaian yang paling cepat mengikut pengalaman sendiri saya. Kebiasaan kes FAM akan diselesaikan antara tiga hingga enam bulan,” katanya.

Terdahulu, FAM mengesahkan KAFA digantung hari ini sekali gus menjadi ahli gabungan kedua badan induk bola sepak negara yang digantung selepas Persatuan Bolasepak Perlis menerima nasib sama awal bulan ini.

Penggantungan itu seleras dengan Artikel 17 Statut FAM iaitu Jawatankuasa Eksekutif FAM boleh menggantung keahlian mana-mana ahli disebabkan atas kesalahan tatacara pengendalian Kongres KAFA yang dibuat dengan tidak teratur dan mengikut prosedur-prosedur yang betul.

Penggantungan KAFA sah dan tepat- Peguam sukan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker