Tiba-Tiba Puteri Sarah Beri Warning Ada Yang Cuba Putuskan Hubungannya Dengan Mentua?

Tiba-Tiba Puteri Sarah Beri Warning Ada Yang Cuba Putuskan Hubungannya Dengan Mentua?

Tiba-Tiba Puteri Sarah Beri Warning Ada Yang Cuba Putuskan Hubungannya Dengan Mentua?

Tiba-tiba sahaja, tanpa angin dan ribut, pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, muncul di Instagram Storynya meluahkan rasa kecewa kerana ada pihak yang seakan-akan mahu merosakkan hubungan baiknya dengan keluarga mentua. Dalam hantaran itu, dia mendakwa ada individu yang cuba menyebarkan fitnah yang tidak berasas, dengan niat untuk menimbulkan ketegangan dalam keluarganya.

Tak habis-habis dengan drama, Puteri Sarah tak memberi penjelasan terperinci mengenai siapa yang terlibat, tapi dari kata-katanya, sudah jelas dia merasakan ada usaha untuk melagakan keluarga. “Rasanya ada yang nak porak-perandakan keluarga kita dengan fitnah. Nak melagakan satu keluarga pula,” tulisnya penuh kecewa. Wah, siapa yang nak buat semua ini, ya?

Tiba-Tiba Puteri Sarah Beri Warning Ada Yang Cuba Putuskan Hubungannya Dengan Mentua?

Tapi, yang lebih menarik perhatian adalah tindakan Puteri Sarah yang menandakan akaun Instagram ibu bapa bekas suaminya, Syamsul Yusof – Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah, dalam hantaran tersebut. Alahai, drama keluarga memang tak pernah habis, kan? Seolah-olah memberi hint kepada mereka tentang apa yang sedang berlaku. Siapa yang tahu, mungkin ada yang terasa hati dalam kalangan mereka.

Tak lama kemudian, Datin Patimah, ibu kepada Syamsul, turut memberi sokongan kepada menantunya itu. Dalam InstaStorynya, dia mengulang siar hantaran Puteri Sarah sambil menitipkan doa untuknya dan dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah. “Tabahkan dirinya menghadapi ujian. Semoga Allah beri kekuatan dan kebahagiaan untuknya bersama anak-anak,” tulis Patimah, yang jelas menunjukkan sokongan moral buat menantunya yang sedang diuji.

Tiba-Tiba Puteri Sarah Beri Warning Ada Yang Cuba Putuskan Hubungannya Dengan Mentua?

 

Peliknya, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2014, akhirnya berpisah pada 14 Jun 2023. Meskipun sudah berpisah, hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang semakin membesar, Syaikhul Islam yang berusia 7 tahun dan Sumayyah yang berusia lima tahun.

Tiba-Tiba Puteri Sarah Beri Warning Ada Yang Cuba Putuskan Hubungannya Dengan Mentua?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker