Pelawak lelaki miliki ganja dituduh di mahkamah, esok

Pelawak lelaki miliki ganja dituduh di mahkamah, esok

Pelawak lelaki miliki ganja dituduh di mahkamah, esok
-Foto fail

SEPANG: Selebriti dan pelawak lelaki yang ditahan kerana memiliki dadah disyaki ganja di Cyberjaya pada Sabtu lalu, akan dituduh di Mahkamah Sepang pagi esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman yang memberitahu, pihaknya mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

“Esok pagi Along Cham dituduh di mahkamah. Baru dapat arahan daripAda Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Pagi ini, selebriti lelaki berusia 41 tahun itu mendapat perintah lanjut reman selama empat hari selepas tempoh lima hari reman tamat hari ini.

Sabtu lalu, Norhizam dalam satu kenyataan memaklumkan, seorang selebriti lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes memiliki dadah disyaki ganja yang ditemui di kediamannya di Cyberjaya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


Suspek berusia 41 tahun itu ditahan bersama dua paket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja dengan anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.

 

Pelawak lelaki miliki ganja dituduh di mahkamah, esok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker