Aaron-Wooi Yik perlu lepas peringkat kumpulan di Jelajah Dunia Akhir
Aaron-Wooi Yik perlu lepas peringkat kumpulan di Jelajah Dunia Akhir
Kuala Lumpur: Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen meletakkan sasaran melepasi peringkat kumpulan kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 yang membuka tirainya di Hangzhou, China, 11 Disember ini.
Bin Shen berkata, beregu lelaki utama negara yang menduduki ranking kelima dunia itu berada pada tahap terbaik selepas menyertai tiga kejohanan bermula Masters Korea pada November lalu.
Beliau berkata, peluang Aaron-Wooi Yik untuk melepasi peringkat kumpulan dilihat sedikit cerah selepas ketiadaan beregu handalan dunia pada kejohanan berprestij itu.
“Sasaran untuk mereka mesti lebih baik daripada tahun lalu, dulu kita kalah di peringkat kumpulan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
“Tahun ini kita tahu ada beregu terbaik tidak sertai kejohanan ini. Jadi peluang kita besar, tapi tetap bergantung kepada persembahan mereka pada perlawanan nanti.
“Lepas Wooi Yik sembuh daripada cedera September lalu, dia sudah sertai tiga kejohanan, sudah berada dalam keadaan yang baik dan tiada tekanan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan Yonex, hari ini.
Sebagai rekod, ini adalah penampilan kelima Aaron-Wooi Yik pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF selepas edisi 2019, 2020, 2022 dan 2023.
Sementara itu, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani antara yang mengesahkan tempat ke kejohanan berkenaan.
Pada edisi kali ini, beregu campuran Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah dan pemenang pingat gangsa perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia turut mengesahkan tempat ke Hangzhou, China apabila menduduki kelompok lapan terbaik dalam kategori masing-masing.
Aaron-Wooi Yik perlu lepas peringkat kumpulan di Jelajah Dunia Akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
- UMNO Berikan Peluang Kedua Kepada Pemimpin Yang Di Kenakan Tindakan Disiplin
- Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.