Suami isteri maut motosikal bertembung lori

Suami isteri maut motosikal bertembung lori

Suami isteri maut motosikal bertembung lori
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori. – Foto ihsan Bomba

KOTA TINGGI: Pasangan suami isteri maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah lori di hadapan Muzium, Jalan Laksamana Kota Tinggi di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Shawaludin Ami Nordin, berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Md Raus Kamaludin, 40 dan Noorain Tohit, 33.

Katanya pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden ini pada jam 6.04 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Hino dan sebuah motosikal Honda Wave yang dinaiki mangsa.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan tersepit di bawah lori. Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas, namun kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hakim Sekolahkan Badan Peguam Malaysia


“Pemandu lori, seorang lelaki dewasa, dilaporkan tidak mengalami sebarang

kecederaan. Selepas proses menyelamat, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan KKM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 

Suami isteri maut motosikal bertembung lori

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker