Harimau Malaya perlu mengaum bukan mengiau

Harimau Malaya perlu mengaum bukan mengiau

Harimau Malaya perlu mengaum bukan mengiau
VICENTE memberi amanat terakhir kepada pemain sebelum berlepas ke Bangkok untuk menjalani perlawanan persahabatan menentang Laos. -FOTO FAM

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya cukup gah di bumi sendiri namun dilihat agak lemau atau kurang mengaum jika beraksi di gelanggang lawan.

Hal ini kerana, berdasarkan rekod sejak awal tahun 2023, skuad yang ketika ini dibimbing Pau Marti Vicente sudah beraksi dalam sembilan perlawanan di luar dan ini tidak termasuk tiga perlawanan Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar, Januari lalu.

Daripada sembilan perlawanan terbabit, skuad negara hanya menang satu aksi iaitu ketika berdepan Taiwan, seri dalam lima pertembungan manakala tumbang dalam tiga pertemuan.



Rekod buruk ini secara tidak langsung memberi cabaran buat skuad kebangsaan di mana mereka akan berdepan dua aksi di luar iaitu berdepan Laos di Bangkok, esok sebelum terbang ke Hyderabad untuk menentang India, 18 November.

Vicente mengakui aksi di tempat lawan bukanlah satu perkara yang mudah kerana banyak perkara berada di luar kawalan mereka namun itu bukanlah alasan yang sepatutnya menghalang mereka daripada memberikan prestasi terbaik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib




“Apabila beraksi di luar, kita tidak boleh mengawal suasana. Jadi kita tidak tahu apa yang boleh dijangkakan antaranya mengenai padang, cuaca, fasiliti, hotel dan makanan. Semuanya memberi kesan kepada persembahan.

“Kita perlu berada pada tahap yang terbaik kerana kita tidak boleh jangkakan semuanya terbaik apabila berada di luar. Ini cabaran yang perlu kita hadapi setiap kali beraksi di tempat lawan,” katanya.

Pada masa sama, pengendali dari Sepanyol itu melihat beberapa perubahan kecil akan dilakukan bagi pertembungan menentang Laos yang berada di ranking ke-187 dan India yang ketika ini menghuni kedudukan ke-125 dunia.

“Saya rasa pemain kita perlu menunjukkan peningkatan tetapi kita perlu mencuba beberapa pendekatan baharu kerana perancangannya bergantung kepada pemain lawan, keadaan padang dan momentum.



“Tidak mudah untuk melakukan perkara ini dalam tempoh sebulan ataupun dua bulan. Kita akan cuba untuk tidak membuat banyak perubahan dalam pendekatan kita untuk mengharungi perlawanan.

“Mungkin perubahannya lebih kepada ‘gameplan’, ” katanya.

Harimau Malaya perlu mengaum bukan mengiau

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker