Pasca-Olimpik yang suram buat Manaudou

Pasca-Olimpik yang suram buat Manaudou

Pasca-Olimpik yang suram buat Manaudou
MANAUDOU mengakui dia perlu bangkit melupakan Paris 2024. -FOTO AFP

Paris: Perenang Florent Manaudou mengakui berasa murung, ahli parlimen Perancis pula berputus asa dengan bajet sukan yang merosot dan cincin Olimpik tidak lagi kelihatan di Menara Eiffel.

Dua bulan selepas api Olimpik yang gemilang di Paris padam, ibu kota Perancis kini dilanda perasaan pasca-Olimpik yang suram.

Atlet renang Leon Marchand, pemenang empat pingat emas, terus mengagumkan di kolam renang seluruh dunia, tetapi bagi rakan sepasukannya Manaudou, kembali kepada kehidupan seharian yang sukar.

Manaudou, 33, adalah pembawa obor pertama di Perancis apabila api Olimpik tiba di Marseille pada bulan April dan memenangi dua gangsa di kolam renang semasa Olimpik Paris 2024 namun dia kini ingin melupakan segala yang berlaku.

“Emosi saya sangat sukar sejak tamatnya Sukan Olimpik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU

“Saya tidak mahu terperangkap dalam Ogos 2024 selama berbulan-bulan,” katanya.

Di ibu negara, kemudahan yang dibina untuk venue sementara Olimpik hampir selesai diruntuhkan.

Cincin Olimpik diturunkan dari Menara Eiffel dan kawah obor di Taman Tuileries juga sudah diturunkan dan mencari tempat baru untuk disimpan.

Pasca-Olimpik yang suram buat Manaudou

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker