Ibu maut, anak cedera kemalangan babit 2 lori dekat Bidor

Ibu maut, anak cedera kemalangan babit 2 lori dekat Bidor

Ibu maut, anak cedera kemalangan babit 2 lori dekat Bidor
Gambar hiasan

IPOH: Seorang wanita maut manakala anaknya cedera selepas lori yang dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lagi lori membawa muatan kayu di Kilometer 350.3 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara dekat Bidor, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.55 petang sebelum tujuh anggota bomba dan dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan itu melibatkan lori tiga tan jenis Mitsubishi membawa muatan kasut yang dinaiki mangsa, telah melanggar belakang lori lima tan jenis UD Nissan membawa muatan kayu.

“Kejadian melibatkan tiga mangsa daripada satu keluarga iaitu wanita berusia 36 tahun yang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan manakala anak lelakinya berusia lapan tahun patah kaki dan pemandu lori (suami berusia 36 tahun) selamat,” katanya dalam satu kenyataan malam ini

Sabarozi berkata pemandu lori UD Nissan juga dilaporkan selamat.

Beliau berkata mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.10 petang.

Ibu maut, anak cedera kemalangan babit 2 lori dekat Bidor

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker