Lelaki lemas cuba selamatkan bot akhirnya ditemui selepas 3 hari
Lelaki lemas cuba selamatkan bot akhirnya ditemui selepas 3 hari
KOTA TINGGI: Mayat seorang remaja lelaki akhirnya ditemui selepas tiga hari dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan bot yang hanyut ketika memancing di Sungai Johor, Teluk Sengat di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata mayat remaja berusia 15 tahun itu ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Layau, kira-kira jarak tujuh kilometer dari tempat dilaporkan hilang pada jam 3.30 petang tadi.
Katanya, kejadian berlaku petang kelmarin ketika mangsa bersama dua rakannya cuba menyelamatkan bot mereka yang hanyut, namun malangnya mangsa gagal timbul disyaki lemas.
“Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa menghentikan aktiviti memancing dan berteduh di struktur tiang pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran disebabkan hujan lebat dan angin kencang.
“Pada jam 2.30 petang, tali bot fiber yang diikat pada struktur tiang pencawang TNB terputus dan hanyut. Ketiga-tiga mangsa kemudian terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan bot itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
“Dua daripada mereka yang berusia 21 dan 23 tahun dapat menyelamatkan diri, manakala remaja berkenaan tidak timbul di permukaan air,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.
Yusof berkata keluarga mangsa yang berada di lokasi kejadian sudah membuat pengecaman identiti.
“Mayat remaja itu telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi tujuan bedah siasat serta tindakan lanjut siasatan.
“Dengan penemuan ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) orang hilang di Sungai Johor, Kota Tinggi ditamatkan pada jam 5.30 petang, iaitu pda hari ketiga operasi,” katanya.
Yusof berkata pasukan SAR yang diaktifkan selepas makluman diterima pada jam 4.30 petang kelmarin, membabitkan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang serta Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Selain itu, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Unit Dron serta Unit K9 JBPM, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Lelaki lemas cuba selamatkan bot akhirnya ditemui selepas 3 hari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib