Lelaki maut tertusuk besi jalan, pikap bawa ikan dinaiki terjunam ke sungai

Lelaki maut tertusuk besi jalan, pikap bawa ikan dinaiki terjunam ke sungai

Lelaki maut tertusuk besi jalan, pikap bawa ikan dinaiki terjunam ke sungai
Keadaan pikap membawa muatan lebih 1.5 tan ikan yang terjunam ke dalam sungai di Batu 2 Jalan Apas, Tawau, awal pagi tadi. – NSTP/ABDUL RAHEMANG TAIMING

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas besi penghadang jalan tertusuk menembusi pikap yang dinaikinya sebelum terjunam ke sungai di Batu 2 Jalan Apas di sini, kira-kira jam 5.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata siasatan awal mendapati mangsa bersama pemandu kereta terbabit dalam perjalanan dari Jalan Apas menuju Pasar Ikan Tawau dengan membawa muatan pelbagai jenis ikan dipercayai seberat 1.5 tan.

Beliau berkata, apabila tiba di tempat kejadian, pemandu dikatakan gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jambatan sebelum terjunam ke sungai.

“Pemandu berumur 31 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Lelaki maut tertusuk besi jalan, pikap bawa ikan dinaiki terjunam ke sungai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker