Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 216,000 biji dipercayai pil yaba di Kampung Laut, di sini, malam
Penyeludup lari tinggalkan 216,000 biji pil yaba bernilai RM3.2 juta
TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 216,000 biji dipercayai pil yaba di Kampung Laut, di sini, malam kelmarin.
Rampasan dilakukan Batalion 8 PGA itu selepas melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi sungai jam 10 malam menerusi Op Taring Sky.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata sebaik pihaknya tiba, dua lelaki berkenaan terus melarikan diri meninggalkan beberapa kotak.
Katanya, pemeriksaan mendapati, terdapat 216,000 biji atau 25 kilogram (kg) pil yaba dalam kotak berkenaan dengan anggaran nilai RM3.24 juta.
“Bekalan dadah terbabit dipercayai baru diseludup dari Thailand,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan barang rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tumpat untuk tindakan selanjutnya.
Dalam serbuan berasingan lain di Pangkalan Haram Pok Dik Jeram Perdah di Rantau Panjang, Nik Ros Azhan berkata, pihaknya merampas 384 botol pelbagai jenis kosmetik yang dipercayai diseludup dari Thailand.
Katanya, rampasan jam 7.30 malam oleh Batalion 7 PGA itu membabitkan nilai rampasan RM76,800.
“Kes disiasat mengikut 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.
“PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara,” katanya.
Penyeludup lari tinggalkan 216,000 biji pil yaba bernilai RM3.2 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangkaÂ
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar