Dial 997 untuk penipuan siber – IGP
Dial 997 untuk penipuan siber – IGP
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani meminta orang ramai melaporkan sebarang aktiviti penipuan siber ketika melakukan transaksi kewangan dalam talian dengan mendail talian hotline 997.
Talian berkenaan dikendalikan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) yang ditubuhkan pada Oktober lalu ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.
“Mana-mana anggota masyarakat yang berasa mereka mungkin telah terperdaya dan telah membuat transaksi kewangan secara perbankan atas talian maka mereka boleh menelefon 997 supaya pengawai bertugas di call centre tersebut mengambil tindakan untuk menyekat akaun,” katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM Tahun 2022 di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di Kuala Lumpur hari ini.
NSRC adalah usaha bersama Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), CyberSecurity Malaysia, PDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), institusi perbankan dan syarikat telekomunikasi untuk menerima laporan daripada mangsa penipuan dalam talian.
Ketika pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pusat panggilan itu akan menerima geran operasi sebanyak RM10 juta untuk penambahbaikan sistem dan perkhidmatan.
Sementara itu, Acryl turut mengulas serbuan terhadap sindiket penipuan antarabangsa oleh SPRM dan Pasukan Taktikal Khas Jabatan Imigresen baru-baru ini.
Sindiket itu disyaki merasuah pihak berkuasa tertentu untuk melindungi anggotanya dan memudahkan operasi mereka di negara ini.
Ketika ditanya mengapa pihak polis tidak terlibat dalam serbuan berkata, Acryl berkata tidak ada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan Jabatan Imigresen telah mempunyai pasukan taktikal khusus.
Sementara itu, Acryl berkata pihak polis bersedia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggotanya yang melakukan tindakan menyalahi undang-undang.
Seiring dengan itu, dia berkata pihak polis akan melaksanakan pemasangan kamera badan terhadap anggotanya untuk mengukuhkan integriti pasukan itu. Mk
Dial 997 untuk penipuan siber – IGP
Baca Artikel Menarik:
- Bendahari Agung Bersatu direman SPRM
- Duit datang dari mana?, Mahathir soal Anwar
- Fasha Sandha kena belasah?
- Mukhriz jilat ludah sendiri bila memohon menyertai PN
- Ketua Pemuda UMNO kena bawah 40 tahun – Dr Akmal
- Tengku Zafrul kini Ketua UMNO Bahagian Kota Raja
- SPRM tahan Profesor atas dakwaan penyelewengan
- Bekas kekasih dapat suami botak buat lelaki puas hati
- Lelaki tepuk punggung lembu jatuh terbelit tali
- Rumah teres jadi ‘port’ bangunkan laman sesawang, judi dalam talian diserbu
- Banjir Johor: TMJ dan Raja Muda turun santuni rakyat
- Banjir Johor: 42 kampung dan taman perumahan di Kluang tenggelam [VIDEO]
- Wanita muda akui bahagia kahwini lelaki tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam
You must be logged in to post a comment.