2 ditahan, khianat guna mercun sebabkan rumah musnah terbakar

2 ditahan, khianat guna mercun sebabkan rumah musnah terbakar

2 ditahan, khianat guna mercun sebabkan rumah musnah terbakar
Keadaan rumah yang terbakar akibat khianat dengan api menggunakan mercun di Taman Putri, Kulai malam kelmarin. – Foto NSTP/Ihsan POLIS

KULAI: Dua lelaki termasuk warga Sri Lanka ditahan dipercayai terbabitdalam insiden khianat api menggunakan mercun sehingga berlaku kebakaran sebuah rumah di Jalan Sri Putri 12/10, Taman Putri di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tan Seng Lee berkata, suspek lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan dirumahnya di Taman Putri, pada jam 7.30 malam, semalam.

Sementara itu, warga asing berusia 23 tahun ditahan di perkarangan IPD Kulai pada jam 12.30 tenghari tadi.



“Polis menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita berusia 41 tahun pada jam 9.56 malam berhubung kejadian kebakaran rumahnya.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan perbuatan khianat dengan menggunakan mercun, yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM510,000 akibat kebakaran terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?




“Pihak polis turut merampas pelbagai jenis mercun daripada suspek. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek warga asing itu positif dadah jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Seng Lee, kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 6 November ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

“Polis Daerah Kulai menasihatkan orang ramai agar sentiasa utamakan keselamatan dan tidak bermain mercun jika tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pihak berkuasa,” katanya.



Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Mohd Roizani Rosdi berkata, kebakaran itu memusnahkan 70 peratus rumah mangsa.

Katanya, turut musnah dalam kebakaran itu lima buah kereta termasuk sebuah Proton Wira dan Toyota Corolla yang mana 50 peratus rosak.

“Tiga buah kereta lain musnah hampir keseluruhannya. Operasi ini membabitkan 10 anggota dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya.

 



2 ditahan, khianat guna mercun sebabkan rumah musnah terbakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker