Enam termasuk dua kanak-kanak sesak nafas terperangkap 30 minit dalam lif
Enam termasuk dua kanak-kanak sesak nafas terperangkap 30 minit dalam lif
KUALA TERENGGANU: Kunci pendua terpaksa digunakan bagi mengeluarkan enam termasuk dua kanak-kanak daripada terperangkap dalam lif yang secara tiba-tiba mengalami kerosakan, hari ini.
Kejadian itu berlaku di pangsapuri Ladang Tanjung, di sini, kira-kira jam 11.50 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Jalan Kota, Penolong Kanan Pengusaha Bomba (PKPgB), Yahaya Hanapi @ Nasir, berkata pihaknya menghantar dua jentera termasuk ambulan selepas menerima panggilan kecemasan mengenai enam penghuni pangsapuri terperangkap dalam lif, kira-kira jam 12.03 tengahari.
Katanya, pihaknya terpaksa menggunakan kunci pendua yang dibawa untuk membuka pintu lif bagi mengeluarkan enam penghuni termasuk pasangan suami isteri di tingkat tiga pangsapuri iyu
“Mangsa dikatakan menaiki lif ditingkat tiga bangunan setinggi 30 tingkat untuk turun ke tingkat bawah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas lanjut, Yahaya berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku kepada enam mangsa yang terperangkap dalam lif selama kira-kira 30 minit.
“Tiada sebarang kerosakan berlaku pada pintu lif kerana kita tidak menggunakan peralatan untuk mencungkil pintu bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
“Kita terpaksa menggunakan kunci pendua yang dibawa sendiri oleh ketua operasi untuk membuka pintu lif bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku penyelia bangunan tiada di lokasi dan tidak meninggalkan kunci pendua pintu lif pada kotak kecemasan.
Enam termasuk dua kanak-kanak sesak nafas terperangkap 30 minit dalam lif
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangkaÂ
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET