Cik Epal tuntut ganti rugi RM1 juta, gesa Dewi mohon maaf

Cik Epal tuntut ganti rugi RM1 juta, gesa Dewi mohon maaf

Cik Epal tuntut ganti rugi RM1 juta, gesa Dewi mohon maaf

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Cik Epal tuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta disamping turut menggesa Emira Delyati Dewi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud telah memuat naik beberapa foto memaparkan notis tuntutannya terhadap Emira Delyati Dewi atau lebih dikenali sebagai Dewi.

Cik Epal tuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta

Menerusi ruangan kapsyen, Cik Epal berkata dia telah menghantar notis tuntutan kepada Dewi untuk membuat permohonan maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta menerusi peguamnya.

“Saya telah menghantar notis tuntutan kepada Dewi melalui peguam saya. Saya menuntut Dewi membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM1 juta kepada saya,” katanya.

Dalam tuntutan tersebut, Cik Epal mendakwa Dewi telah menyebarkan fitnah sehingga menyebabkan  pempengaruh itu dihina dan imejnya telah tercalar.

Sementara itu, jika Dewi gagal mematuhi notis tersebut, Cik Epal akan memfailkan tuntutan tersebut ke mahkamah tanpa merujuk kepada wanita itu terlebih dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong tindakan Cik Epal untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Dewi.

Akhirnya, Cik Epal ambil tindakan!

Cik Epal tuntut ganti rugi, mantap!

Cik Epal tuntut ganti rugi RM1 juta, gesa Dewi mohon maaf

 

Terkejut saya, hebat!

 

Cik Epal tuntut ganti rugi RM1 juta, gesa Dewi mohon maaf

Semoga dipermudahkan urusan Cik Epal
Terkejut saya, hebat!

Cik Epal tuntut ganti rugi RM1 juta, gesa Dewi mohon maaf

Sebelum ini, Dewi telah menghadiri sebuah podcast bersama Astro Gempak yang mana dia berkata mahu menjelaskan perkara sebenar dan membersihkan namanya.

Selain itu, Dewi turut mendakwa demi menebus kesalahan, Cik Epal menawarkan agar Dewi menjadi isteri kedua suaminya, Jofliam.

Tidak cukup dengan itu, dalam satu hantaran di InstaStory, Dewi mendakwa Cik Epal terlebih dahulu menghancurkan rumah tangganya kerana telah memfitnah dirinya.

Sumber: Instagram Cik Epal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker