Kes noda pembantu pengajar madrasah disebut semula November
Oleh – Syeikh Baran
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 18 November depan sebagai tarikh baharu bagi sebutan semula kes empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah yang berdepan 18 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.
Hakim Datin Surita Budin menetapkan tarikh itu membolehkan pihak pendakwaan memperoleh laporan perubatan semua mangsa.
Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi dan Noraziha Asmuni memaklumkan prosiding sebutan semula hari ini adalah bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Pada 19 September lalu, media melaporkan tiga lelaki yang sebelum ini ditahan dalam Op Global yang mempunyai kaitan dengan syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.
Keesokan harinya, seorang lagi pembantu pengajar di madrasah berkenaan, Muhammad Fawzun Azim Ismail, 20, turut tidak mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat kanak-kanak lelaki di pusat jagaan itu sekitar tahun 2023.
Sumber – KOSMO! ONLINE