Lelaki hilang ketika keluar tangkap ikan ditemui lemas
Lelaki hilang ketika keluar tangkap ikan ditemui lemas

SEMPORNA: Lelaki warga emas yang dilapor hilang ketika keluar menangkap ikan di sungai Ladang Pinang, dekat sini sejak jam 6 pagi semalam ditemukan lemas, hari ini.
Mayat mangsa, 60, ditemui penduduk kampung kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman, berkata mangsa dilapor keluar menangkap ikan di sungai berkenaan jam 6 pagi semalam menggunakan bot, namun belum pulang ke rumah.
“Orang kampung membuat pencarian awal sebelum menemui bot mangsa tanpa pengemudi,” katanya.
Bagaimanapun kira-kira jam 1.30 tengah hari, mayat mangsa ditemui pada jarak satu kilometer dari lokasi bot mangsa dan dia disahkan meninggal dunia oleh pihak polis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anthony Loke Mendahului Keputusan Mahkamah?
- Kes SRC Dan 1MDB: Demi Keadilan Atau Demi Dendam
-
Penyokong PH lupa, pemimpin mereka bebas sebab diberi pengampunan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.