Budak 2 tahun nyaris kena culik ‘tukang cuci’

Oleh – Syeikh Baran

Budak 2 tahun nyaris kena culik ‘tukang cuci’

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun nyaris diculik seorang lelaki warga Nepal yang menyamar sebagai tukang cuci ketika berada di rumahnya di Kampung Buaya Raya Kuang, Rawang, semalam.



Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Mohd Nor berkata, tindakan lelaki asing itu terkandas apabila jirannya, wanita tempatan, 47, bergegas ke rumah itu sebaik sahaja mendengar jeritan minta pertolongan pada pukul 12.40 tengah hari.

“Pengadu melaporkan bahawa dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah hari itu, dia telah mendengar jeritan jirannya meminta tolong yang seseorang mahu mengambil anaknya.

“Dia pergi ke rumah jirannya itu sebelum melihat suspek cuba melarikan diri. Dia bersama penduduk lain mengejar suspek sebelum berjaya menahannya berdekatan kawasan pembuangan sampah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketika kejadian, kanak-kanak lelaki itu berada di ruang tamu sebelum didatangi suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai tukang cuci.

Menurut beliau, suspek tersebut berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.



“Kita membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 363 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Justeru, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak melakukan apa-apa perkara serta tindakan yang menyalahi undang–undang.

Sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh hadir ke mana-mana balai polis yang berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Azammudin Mohd Razib di talian 016-5661597.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker