Penumpang ditahan, seludup 7 kilogram emas dalam kasut
Oleh – Syeikh Baran
Seorang penumpang ditahan kerana menyeludup 7 kilogram emas dari Hong Kong ke Vietnam dengan menyembunyikannya di dalam kasut dan tali pinggang, lapor saluran berita VNExpress semalam.
Penyeludupan itu dibongkar oleh beberapa pegawai dan anggota kastam sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Jumaat lalu.
Menurut seorang pegawai kastam, suspek diberkas selepas tiba dengan menaiki penerbangan UO550 dari Hong Kong.
“Dia mengaku diupah untuk membawa 7 jongkong emas yang mana setiap satu seberat 1 kilogram. Suspek dibayar 2.5 juta dong (RM433) untuk setiap kilogram emas yang dibawa masuk.
Suspek dan bahan bukti diserahkan kepada polis Hanoi untuk siasatan lanjut. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE
You must be logged in to post a comment.