Pelancong China ‘buat hal’, lastik haiwan di zoo

Oleh – Syeikh Baran

Pelancong China ‘buat hal’, lastik haiwan di zoo

Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK semalam. 



Kejadian berlaku di Zoo Terbuka Khao Kheow, wilayah Chonburi kelmarin. 

Rakaman tular di internet menunjukkan pelancong itu menarik getah lastik lalu melancarkan ‘serangan’ ke arah kandang menempatkan badak air pigmi bernama Moo Deng. 

Beberapa pelancong lain daripada kumpulan sama hanya ketawa, seolah-olah tidak menyedari perbuatan tersebut berbahaya.

Individu yang merakam insiden tersebut, Patcharida Chueakhamhod berkata: “Pelancong China melastik haiwan di zoo. Pada mulanya, saya tidak percaya dengan apa yang berlaku. 

“Namun, selepas melihat dengan teliti, saya sedar dia menggunakan lastik. Saya merakam perbuatannya sebagai bukti,” tambah Patcharida. 



Penjaga zoo dikenali sebagai Moo Deng berkata, beberapa orang dalam kumpulan itu mengambil tanah dan batu kecil untuk dijadikan ‘peluru’ lastik

“Kami akan memberikan surat amaran kepada syarikat pelancongan yang membawa mereka. 

“Saya juga akan membuat laporan kepada pihak berkuasa,” tambahnya. 

Zoo Khao Kheow mengharamkan penggunaan lastik berikutan kejadian itu. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker