Wee Kah Siong Di Lantik Penasihat Pelaburan Cina

Wee Kah Siong Di Lantik Penasihat Pelaburan Cina

Wee Kah Siong Di Lantik Penasihat Pelaburan Cina

 

Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Presiden MCA, Wee Ka Siong, sebagai penasihat pelaburan masyarakat Cina dan juga syarikat Cina di Malaysia.

DS Zahid yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional mengumumkannya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA.



“Hari ini saya ingin umumkan secara rasmi presiden MCA telah dilantik sebagai penasihat pelaburan masyarakat Cina dan syarikat Cina di Malaysia, di bawah saya,” kata DS Zahid.

DS Zahid Zahid menyatakan keyakinan, gabungan BN mampu menang lebih banyak kerusi dalam PRU akan datang jika ia dapat mengenepikan perkara titik bengik.

“Ia juga dapat dicapai jika parti-parti dalam kerajaan dapat mengetepikan perbezaan pandangan di masa lalu.”

“Jika BN bekerja keras, jika strategi pilihan raya dan PRK disusun dengan baik.”



“Jika kita mengenepikan permasalahan sesama sendiri, BN masih boleh menang dengan cemerlang walaupun di negeri pembangkang,” jelas DS Zahid.

Selepas Nenggiri, BN menang besar dalam PRK Mahkota di Johor.

Calonnya Syed Hussein Syed Abdullah menewaskan PN dengan majoriti 20,648 undi.

Dalam PRK Nenggiri di Kelantan, UMNO menang dengan majoriti 3,352 undi.



Dengan pelantikan Wee Kah Siong yang juga merupakan Presiden MCA akan membuka jalan untuk MCA mendekati masyarakat Cina.

Ianya penting untuk mengembalikan kepercayaan dan sokongan mesyarakat Cina kepada MCA yang di lihat semakin hari semakin terhakis.

Dengan strategi yang betul, tidak ada sebab mengapa MCA tidak boleh kembali ke zaman kegemilangan mereka seperta dahulu.

Tidak boleh kita nafikan, sumbangan MCA dan MIC adalah antara faktor mengapa BN berjaya menubuhkan kerajaan bersendirian.



Apa yang penting, MCA dan MIC mesti mengelakkan dari bermain atau mengeluarkan kenyataan yang mengguris masyarakat Melayu.

Tidak perlu terikut-ikut dengan pendekatan yang digunakan oleh parti lain untuk memenangi hati pengundi.

Pengundi sekarang sudah bijak untuk membezakan antara parti yang ikhlas dengan parti yang menunggang isu kaum.

 



Wee Kah Siong Di Lantik Penasihat Pelaburan Cina

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker