Mayat lelaki ditemui dalam kolam takungan air

Oleh – Syeikh Baran

Mayat lelaki ditemui dalam kolam takungan air

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terlentang dipercayai terjatuh dari ketinggian lebih sembilan meter di sebuah kolam takungan air bersebelahan Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Senawang di sini semalam.



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat pada pukul 1.30 tengah hari.

“Tempat kejadian merupakan kolam takungan air di mana air dari kolam takungan Taman Pinggiran Senawang yang mengalir terus ke Sungai Simin, Rantau. Mayat terdampar atas simen kolam berikutan air cetek.

“Siasatan mendapati terdapat tali nilon pada pengadang titi yang terjuntai kemungkinan si mati terjatuh dan terhempas ke lantai simen kolam takungan air,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohamad Hatta berkata, mangsa dipercayai mati sejak beberapa hari lalu dan bedah siasat mendapati kematian lelaki itu adalah disebabkan pendarahan teruk di kepala.
 
Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker