Mat Sabu Beri Bayangan Harga Siling Beras Akan di Naikkan

Mat Sabu Beri Bayangan Harga Siling Beras Akan di Naikkan

Mat Sabu Beri Bayangan Harga Siling Beras Akan di Naikkan

 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu (Mat Sabu), memberi bayangan harga siling beras putih tempatan akan dinaikkan.

“(Keputusan) masih di peringkat perbincangan.”

“Sebarang perubahan harga dan sebagainya, (ia) perbincangan membabitkan empat kementerian.”

“Bukan hanya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).”

“Tetapi termasuk juga) Kementerian Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kos Sara Hidup (KPDN) dan juga beberapa kementerian lain.”

“Sekarang, (belum ada keputusan).”

“Masih lagi di peringkat perbincangan dan menuju kepada penyelesaian akhir.”

“Selepas 16 tahun, harga maksimum beras berkenaan belum lagi disemak.”

“Walhal harga jualan BPT adalah berkait langsung dengan harga belian padi.”

“Sejak 2008, harga lantai belian padi dinaikkan daripada RM750 per tan kepada RM1,200 per tan pada 2014.”

“Dan terkini pada kadar RM1,300 setiap tan manakala harga BPT masih kekal tidak berubah.”

“Keputusan akan dimuktamadkan sebelum Oktober,” kata Mat Sabu dalam sidang media Majlis Peluncuran Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan Perlu Ambil Alih Peranan Orang Tengah

 

Pada Jun lepas, Mat Sabu pernah memberikan bayangan kenaikan harga siling beras akan dilakukan pada bilan Oktober 2024.

Pihak berkepentingan dalam industri beras negara menyarankan harga beras putih tempatan yang ketika ini RM2.60 sekilogram dinaikkan secara minimum 25 sen bagi setiap kilogram.

Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM), Ismail Awang berkata, penetapan harga baharu kepada RM2.85 bagi setiap kilogram.

Atau RM28.50 bagi kampit 10kg.

Ia dilihat sebagai penyelesaian terbaik bagi memberi peluang kepada pemborong bernafas, selain kadar kenaikan tidak menekan pengguna.

November lalu, Badan Kawal Selia Padi dan Beras mencadangkan harga siling BPT dinaikkan 60 sen sekilogram.

Kepada RM3.20 sekilogram berbanding harga siling semasa iaitu RM2.60 sekilogram.

Namun begitu, ramai yang berpendapat, langkah jangka masa penjang terbaik adalah dengan memerangi orang tengah dalam industri tersebut.

Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan boleh mengambil alih peranan orang tengah.

Ia bagi memberikan petani pulangan yang lebih baik dan tawaran harga yang lebih rendah kepada pengguna.

 

Mat Sabu Beri Bayangan Harga Siling Beras Akan di Naikkan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker