Ada Pihak Cuba Jejaki Rumah Perlindungan Kanak Kanak GISBH

Ada Pihak Cuba Jejaki Rumah Perlindungan Kanak Kanak GISBH

Ada Pihak Cuba Jejaki Rumah Perlindungan Kanak Kanak GISBH

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri mendedahkan, terdapat pihak cuba jejaki rumah perlindungan kanak-kanak GISB Holdings (GISBH).

Namun beliau menegaskan, semua kanak-kanak tersebut selamat di rumah perlindungan dengan kawalan keselamatan yang tinggi.

“Setakat ini belum lagi dibenarkan (untuk anak-anak berjumpa ibu bapa).”

“Kerana apabila kita buka flood gate, akan jadi ramai, yang bukan ibu bapa pun akan datang.”

“Kita dapat memerhati ada di tempat-tempat (rumah perlindungan) kita, ada orang yang mengintai di luar (rumah perlindungan).”

“Kita tidak tahu sama ada ini ibu ke bapa ke.”

“Kami akan memohon lanjutan perlindungan kanak-kanak terbabit daripada mahkamah.”

“Sekiranya tempoh sedia ada tamat dan siasatan belum selesai.”

“Prosedur pertama (tempoh perlindungan) adalah dua bulan.”

“Kemudian dua bulan sehingga (maksimum) tiga tahun.”

“Dan jika dapat dibuktikan mereka adalah anak kepada ibu bapa yang dituntut, kita akan lepaskan mereka.”

“Seperti yang saya katakan, ibu atau bapa perlu (kemukakan) bukti bahawa itu adalah anak mereka.”

“Kalau betul anak dia, agak mudah untuk kita (lepaskan).”

“Tapi (ada kes) anak tinggal tempat lain, yang (individu) mengatakan dia ibunya itu tinggal tempat lain,” jelas Nancy Shukri.

Sebelum ini ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dari usaha yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi perlindungan kepada kanak-kanak GISBH.

Mereka mendakwa kanak-kanak tersebut bukan diberikan perlindungan, tetapi dirampas dari ibubapa mereka.

Tetapi kenyataan tersebut telah dikecam oleh pihak pengurusan GISBH sendiri.

Dengan pendedahan dari Nancy Shukri, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mesti meningkatkan kawalan keselamatan di premis tersebut.

Ia bagi memastikan kanak-kanak tersebut selamat dalam proses pemulihan akidah dan psikologi mereka.

Kita tidak mahu kanak-kanak tersebut terus merasa terancam dan akan mengganggu proses pemulihan mereka.

Kepada pihak yang terbabit, dinasihatkan supaya mematuhi dan menghormati undang-undang negara.

 

Ada Pihak Cuba Jejaki Rumah Perlindungan Kanak Kanak GISBH

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker