Suria FM tiada kata putus isu Ustaz Don

Don Give Up adalah satu segemn dikendalaikan Ustaz Don bersama Suria FM

Suria FM tiada kata putus isu Ustaz Don

Stesen radio Suria FM yang menerbitkan rancangan atau segmen Don Give Up menampilkan Ustaz Don Daniyal belum memberi kata muktamad berkenaan penggantungan pendakwah itu daripada rancangan berkenaan.

Suria menerusi kenyataan kepada Kosmo! Online berkata, pihak mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah notis selanjutnya.

“Berkenaan isu berhubung Ustaz Don, untuk sekarang suria takkan keluarkan sebarang kenyataan sampaikan notis selanjutnya.

“Apa-apa kemas kini saya akan dimaklumkan dari masa ke masa,” ujar sumber dalaman stesen radio tersebut.

Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid terlibat dengan segmen Don Give Up yang diterbitkan Suria setiap hari Jumaat (8 pagi – 9 pagi) bersama kru Morning Morning Suria.

Terdahulu, Ustaz Don dilapor ‘direhatkan’ daripada program yang sinonim dengan musim ibadah haji, Salam Baitullah ekoran beberapa kontroversi penyebaran hadis tidak bersumber.

Kelmarin, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan status hadis riwayat cinta pertama Rasulullah SAW berkaitan kisah Ummu Hani’ di mana penceritaan Ustaz Don dianggap lemah dan hadis digunakan adalah tidak bersumber.

Bagaimanapun, Don mendakwa tidak dimaklumkan secara rasmi tentang keputusan direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah siaran RTM.

Menurut pengurusnya, Ana, pihaknya sehingga kini masih menanti arahan secara rasmi daripada pihak produksi sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. K Online

Suria FM tiada kata putus isu Ustaz Don

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker