Demam Babi Afrika: Sabah beku lesen memburu

KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) akan meneruskan pembekuan pengeluaran lesen memburu sehingga makluman lanjut dikeluarkan.

Pembekuan lesen itu susulan pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) bahawa wujudnya kes positif Demam Babi Afrika (ASF) pada bangkai babi yang telah dianalisis.

Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, langkah itu diambil bagi membantu mencegah penularan wabak tersebut terutamanya di ladang penternakan babi di Sabah.

“Bagaimanapun, JHL tidak pernah mengeluarkan kenyataan dan menyarankan orang awam untuk tidak memakan daging babi.

“Sehubungan itu, JHL juga akan sedaya upaya membantu dan bekerjasama dengan JPVS bagi membendung penularan penyakit ASF kepada haiwan ternakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pemburuan tanpa kebenaran sah.

Ugut bunuh isteri kerana dikejutkan tidur

“Sebarang aktiviti pemburuan dan penjualan hidupan liar yang menyalahi undang-undang, hendaklah dilaporkan dengan kadar segera kepada JHL,” katanya.

JPVS pada Selasa mengisytiharkan wabak ASF di Pitas berikutan penemuan virus itu dalam babi yang diternak di daerah terbabit.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri berkata, dengan pengisytiharan itu, jabatan berkenaan telah diberikan kuasa di bawah Subseksyen 45(1) Enakmen Haiwan 2015, untuk mengambil tindakan bagi mencegah penularan wabak itu.

Ini termasuk memusnahkan babi di kawasan terjejas, mengawal pergerakan babi dan penjualan produk daging babi yang berasal dari kawasan terjejas.

Akan tahan pengurus syarikat daging sejuk beku selepas baik demam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker