Stoner mahu kembali ke litar

Stoner mahu kembali ke litar

Stoner mahu kembali ke litar
STONER (kanan) menduduki tempat ketiga Grand Prix Malaysia di Litar Sepang pada 2012.

London: Casey Stoner berhasrat melupakan masalah kesihatan masa lampau dan memainkan peranan lebih besar dengan membantu menggilap bakat pelumba baharu.

Stoner mengalami sindrom keletihan kronik pada penghujung karier MotoGP dan masih berdepan masalah sama sehingga saat ini.

Juara dua kali Stoner bersara daripada MotoGP pada 2012 ketika berusia hanya 27 tahun dan menyepikan diri selepas itu.



“Saya masih dalam proses pemulihan daripada sindrom kepenatan kronik. Itu sebabnya saya mengasingkan diri daripada dunia MotoGP dan sukan secara umumnya,” katanya dalam siaran podcast Ducati semalam.

Stoner kini bertugas sebagai pengulas dan penyiar untuk TNT Sports di MotoGP Phillip Island tetapi dia mahukan peranan berbeza lebih besar pada masa depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?




“Saya semakin kembali berminat dengan perlumbaan dan sekarang saya lebih bertenaga untuk menceburinya,” kata Stoner.

“Saya dapat melihat perkembangan sukan ini. Saya suka bekerja dengan beberapa pasukan tetapi tidak semestinya dalam proses pemilihan keseluruhan pelumba tetapi mungkin hanya beberapa daripada mereka.

“Banyak yang saya boleh berikan. Saya rasa ada aspek dalam MotoGP yang saya boleh tawarkan berbanding orang lain. Jadi, saya sedia menawarkan pengalaman saya kepada pelumba lain untuk mencapai sasaran mereka.”

Stoner mahu kembali ke litar

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker