Sebutan semula kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA 26 November ini
Sebutan semula kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA 26 November ini
SEPANG: Mahkamah Seksyen Sepang menetapkan kes terhadap pengurus syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari yang didakwa cuba membunuh isterinya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi kepada wanita itu, disebut semula pada 26 November ini.
Hakim Amir Affendy Hamzah menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam yang mewakili Hafizul, Nik Azim Azlan memohon untuk meneliti dokumen termasuk laporan kimia yang diserahkan pihak pendakwaan, hari ini.
“Meminta tarikh untuk penelitian dokumen untuk melihat sama ada lengkap atau tidak dokumen-dokumen itu,” katanya pada sebutan kes itu di sini, hari ini.
Pada 25 April lalu, Hafizul didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba membunuh isterinya Farah Md Isa, 38, di Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 1.09 pagi, 14 April.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda, dan jika menyebabkan kecederaan hendaklah dipenjara hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?
- Kalau Tak Mampu Jadi Garam, Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan
- Perarakan Solidariti Untuk Palestin Atau Perarakan Promosi PAS?
Kerajaan Tidak perlu tunggu gaji minima RM3K untuk laksana GST.
Bagi pertuduhan itu, Hafizul didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Sebutan semula kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA 26 November ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu
- Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan
- GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.