Rumah tinggal dua bulan, bil air cecah RM1,154.83
Oleh – Syeikh Baran
Seorang pelajar terbeban selepas bil air rumah sewanya mencecah RM1,154.83 gara-gara paip tercabut sewaktu dia pulang ke kampung sempena cuti semester selama dua bulan.
Menerusi akaun Threads, gadis dikenali sebagai Kinmanees itu memberitahu, dia menyedari kejadian tersebut sebaik kembali ke kediaman sewanya beberapa hari lalu.
“Nak nangis tetapi salah sendiri. Masa cuti semester Ogos saya ada balik rumah sewa sehari sebab ada kerja (perlu disiapkan).
Perkongsian cerita itu mendapat maklum balas pengguna Threads lain termasuk yang mencadangkan gadis itu supaya berbincang dengan syarikat air di negeri berkenaan.
“Boleh mohon bayaran secara ansuran. Cakap sahaja paip bocor, kena buat suratlah,” cadang seorang pengguna.
“Bayar sikit-skit sis. Saya dulu pun pernah kena, tapi tidak sampai beribu. Kena bayar juga ansur-ansur pun boleh, janji bayar,” kata seorang lagi pengguna Threads.
“Lepas ini kalau tinggal rumah lama lebih seminggu contohnya, tutup paip meter. Kalau ada bocor, tak ada lah air mengalir,” kata individu lain.
Sumber – KOSMO! ONLINE
You must be logged in to post a comment.