Mayat warga emas ditemukan terapung dalam sungai
Mayat warga emas ditemukan terapung dalam sungai
TAWAU : Mayat lelaki warga emas yang lengkap berpakaian ditemukan terapung di Sungai Kampung Iban Merotai, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mayat ditemui oleh seorang remaja berusia 15 tahun kira-kira 4 petang, sebelum menghubungi polis.
Menurutnya, remaja terbabit ternampak mayat itu ketika melalui jambatan di situ, semasa dalam perjalanan pulang dari bermain bola sepak di padang berhampiran.
“Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Tikung Anak Guma, 71, seorang lelaki berbangsa Iban, yang juga penduduk tempatan Kampung Iban Merotai.
“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tawau untuk tindakan lanjut. Bedah siasat akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kematian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Namun, setakat ini tiada unsur jenayah atau khianat dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Tujuh anggota serta pegawai bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Mayat warga emas ditemukan terapung dalam sungai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati
- Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siapa Paymaster Ustaz Sophian?
You must be logged in to post a comment.