Sokong pemberian pencen kepada atlet bergelar juara dunia

Sokong pemberian pencen kepada atlet bergelar juara dunia

Sokong pemberian pencen kepada atlet bergelar juara dunia
DATUK Awalan Abdul Aziz. FOTO AZIAH AZMEE

Kuala Lumpur: Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz menyokong penuh sekiranya jasa dan bakti atlet bergelar juara dunia dihargai dengan pemberian pencen.

Bagaimanapun ia perlu diteliti mengikut garis panduan yang jelas dan kriteria dari segi jenis sukan dan kejohanan dunia yang diiktiraf.

Katanya, selain itu perlu dinilai adalah jumlah wang pencen yang akan diterima oleh atlet berkenaan.

“Pada dasarnya saya bersetuju dengan cadangan pemberian pencen itu kerana sudah tiba masanya untuk pihak KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenal pasti dan memberi pengiktirafan secara ‘rating’ bagi kejohanan dunia yang berprestij untuk sukan tertentu yang setara dengan Piala Dunia bagi bolasepak.

“Begitu juga seperti Program Podium dan ‘Road to Gold’ untuk Sukan Olimpik, saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbang program seperti ‘Road to World Champions’ bagi sukan tertentu yang tetap boleh mengharumkan nama negara di persada dunia,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.


Acara boling padang tidak ketinggalan sebagai antara penyumbang utama di kejohanan dunia.

Antara atlet boling padang yang pernah bergelar juara dunia adalah Safuan Said dan terbaharu Nor Farah Ain Abdullah di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey, April lalu.

Sebelum itu, menerusi laporan ekslusif Arena Metro melaporkan bahawa terdapat beberapa atlet negara bagaikan ‘anak tiri’, walaupun bergelar juara dunia lebih daripada sekali namun keringat mereka yang mencapai tahap tertinggi itu dipandang sepi malah tidak dihargai terutamanya selepas bersara daripada sukan masing-masing.

Situasi itu dikongsi atlet bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah yang menyatakan bahawa gelaran sebagai ‘Sang Juara Dunia’ sebenarnya tidak membawa sebarang pengertian selain bukannya menjanjikan imbuhan lumayan seperti pemenang pingat di temasya Olimpik.

Hal ini kerana, walaupun sudah memenangi gelaran juara dunia beberapa kali namun mereka tetap tidak mendapat imbuhan pencen seperti pemenang pingat di sukan Olimpik.

Sokong pemberian pencen kepada atlet bergelar juara dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir “phobia” bila dengar nama UMNO

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker