Gol Welbeck lengkapkan kebangkitan Brighton
Gol Welbeck lengkapkan kebangkitan Brighton

Brighton: Brighton & Hove Albion mempamerkan kebangkitan menakjubkan apabila meledak tiga gol pada babak kedua termasuk jaringan kemenangan Danny Welbeck, 3-2 ke atas Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Sebelum itu, jaringan Brennan Johnson dan James Maddison meletakkan Spurs selesa mendahului 2-0 sebelum rehat.
Tetapi, tempo perlawanan berubah pada babak kedua dan benteng Tottenham roboh apabila dibolosi tiga kali dalam tempoh 18 minit.
Yankuba Minteh menjaringkan gol pertama tuan rumah tiga minit selepas rehat sebelum Georginio Rutter menyamakan kedudukan dan kemudian, Welbeck menjaringkan gol kemenangan Brighton pada minit ke-66.
Kemenangan pertama Brighton dalam lima perlawanan liga terakhir membolehkan mereka memintas Spurs di tempat keenam dengan 12 mata daripada tujuh perlawanan manakala Tottenham di tangga kesembilan dengan 10 mata.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN: Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota
- Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB
Apabila Johnson menjaringkan gol keenam dalam enam perlawanan hasil umpanan Dominic Solanke untuk mengesahkan penguasaan awal Tottenham, pasukan pelawat dipenuhi dengan keyakinan tinggi.
Johnson muncul pemain pertama Tottenham menjaringkan gol dalam enam perlawanan berturut-turut sejak Harry Kane pada 2019.
“Aksi babak pertama cukup mengecewakan,” kata Welbeck kepada Sky Sport.
“Ia adalah prestasi yang memalukan kami dan bukan sesuatu yang kami mahukan.”
Namun, apa saja yang diperkatakan pengendali Brighton, Fabian Hurzeler ketika rehat di bilik persalinan jelas mengubah prestasi Brighton termasuk kemasukan Pervis Estupinan sebagai pemain gantian.
Gol Welbeck lengkapkan kebangkitan Brighton
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Memahami Lebih Baik Dari Di Fahami
- Perangkap Yang Tidak Di Sedari
- Pemangku Sultan Johor Sahkan Tindakan Sudah Di Ambil
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.