Anuar Fariz bukan adik saya – Fahmi

Oleh – Syeikh Baran

Anuar Fariz bukan adik saya – Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, menepis dakwaan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Anuar Fariz Fadzil yang baharu dilantik adalah adiknya.



“Beliau (Anuar) bukanlah sepupu, bau-bau bacang pun tidak ada. Kami punya ayah lain, mak lain, dan saya tiada kena-mengena dengan lantikan berkenaan.

“Bagi pihak-pihak yang cuba buat fitnah, saya harap mereka sedarlah, jangan terlalu mudah untuk menabur fitnah dan biarlah ini menjadi pengajaran buat kita semua,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi Sembang Santai bersama Komuniti MADANI Pulau Pinang di Gelugor malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, kementerian masih belum memutuskan berhubung pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) baharu dan prosesnya masih berjalan.

Pada 25 September lalu, Fahmi mengesahkan bahawa perkhidmatan Ketua Pengarah JKOM Mohd. Khairuddin Othman telah ditamatkan pada 24 September lepas, namun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
 
Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker