Terkejut jika Ten Hag tak dipecat sehingga Krismas
Terkejut jika Ten Hag tak dipecat sehingga Krismas
London: Joe Cole menyatakan dia akan berasa ‘terkejut’ jika Erik ten Hag masih mengendalikan Manchester United menjelang perayaan Krismas.
Ten Hag sudah mengendalikan 124 perlawanan sejak menyertai Red Devils dari Ajax pada Mei 2022.
Pasukan Ten Hag juga baru sahaja seri 3-3 menentang Porto dalam aksi Liga Europa, semalam, selepas mendahului 2-0 dan kemudian ketinggalan 2-3 dalam perlawanan itu.
United akan bertandang ke Aston Villa, esok, dan Cole menjangkakan Ten Hag akan mengalami kekalahan ke-35 dalam kariernya di United.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Iron Dome Israel Gagal Tangkis Peluru Berpandu Balistik Iran
- Pendakwaraya: Watak Jho Low Bukan Ciptaan
- UMNO nak melingkup pun ,itu urusan umno, Mahathir tidak perlu menyibuk
Jika kalah di Villa Park, United hanya akan memperoleh tujuh mata daripada tujuh perlawanan pembukaan Liga Perdana musim ini.
“Saya rasa Villa akan menang, saya tidak nampak keputusan lain,” kata bekas pemain West Ham dan Chelsea, Cole, kepada TNT Sports.
“Melihat hala tuju pasukan dan Erik ten Hag, saya cuma rasa, saya akan terkejut jika dia (Ten Hag) masih di kelab itu menjelang Krismas,” katanya lagi.
Terkejut jika Ten Hag tak dipecat sehingga Krismas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN: Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota
- Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.
You must be logged in to post a comment.