‘Superstar Tamil’ Rajinikanth dikejarkan ke hospital

Bintang filem Tamil, Rajinikanth dimasukkan ke Hospital Apollo di Chennai, India akibat sakit perut mengejut, semalam.

Mengikut laporan Times of India, superstar berusia 74 tahun itu dikatakan mengalami sakit perut dan dibawa ke hospital.

Tahap kesihatannya kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.



Beliau juga dilaporkan menjalani pembedahan elektif dan dipercayai boleh keluar hospital, hari ini.

Laporan menyebut, ia disebabkan masalah berkaitan jantung, namun perlu mendapatkan pengesahan pakar kardiologi dan menjalani pemeriksaan perubatan terlebih dahulu.

Difahamkan, Rajinikanth bakal muncul dalam filem terbaharunya, Vettaiyan arahan pengarah TJ Gnanavel yang bakal ditayangkan, tidak lama lagi.

Selain Rajinikanth, filem itu juga dibintangi Amitabh Bachchan, Fahadh Faasil, Rana Daggubati, Manju Warrier, Ritika Singh, Dushara Vijayan dan Abhirami.



Vettaiyan dikatakan bakal menjadi penampilan pertama Amitabh Bachchan dalam filem Tamil. – AGENSI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.



Netizen Mahu Pinjam Wang?

Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional




Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker