Ketua Pemuda UMNO sindir DAP, kegagalan tarik pengundi Cina juga salah Akmal?

Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyindir sama ada beliau juga menjadi punca penurunan jumlah pengundi Cina pada PRK Sungai Bakap Julai lalu yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) kalah.

Beliau memberi maklum balas itu menjawab kenyataan Ketua DAP Johor Liew Chin Tong yang mendakwa perbalahan Akmal dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok menjadi punca ramai pengundi Cina tidak mengundi pada PRK Mahkota, Sabtu lalu.

Di PRK Sungai Bakap pun pengundi Cina tak keluar mengundi, adakah itu salah Dr Akmal Saleh walaupun tiada di Sungai Bakap,



 katanya merujuk pengurangan 10% pengundi Cina pada PRK Sungai Bakap.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dilaporkan berkata peratusan mengundi rendah itu menjadi punca kekalahan PH di tangan Perikatan Nasional (PN).

Akmal turut meminta Liew bertanya terlebih dahulu kepada Kok yang mengeluarkan kenyataan ‘mengganggu-gugat ketenteraman negara’, bukan menyalahkan orang yang memberi maklum balas terhadap kenyataan tersebut.

“Cuba contohi MCA yang kuat bekerja dan akhirnya membawa pengundi Cina asas mereka mengundi seperti yang dijanjikan. Nak salahkan saya? Ikut suka hati kamu, parti kamu.



Yang penting Umno perlu terus berubah menjadi lebih baik supaya kepercayaan rakyat terus diberikan kepada kami dan terus tegas untuk mempertahankan prinsip menjaga agama islam,bangsa dan tanah air walau dengan siapa kami berkawan,

 katanya.

Terdahulu, Liew mendakwa perbalahan Akmal dan Kok menyebabkan pengundi Cina pada PRK DUN Mahkota marah dan kecewa sehingga tidak keluar mengundi.

Katanya, perbalahan itu menjadi faktor mendorong mereka untuk protes dan tidak menunaikan tanggungjawab sehingga peratusan pengundi Cina rendah.



Institut Darul Ehsan (IDE) dilapor menganggarkan kadar peratusan keluar mengundi mengikut kaum pada PRK DUN Mahkota – Melayu sebanyak 61%, Cina (49%) dan India (48%).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.



Netizen Mahu Pinjam Wang?

Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional




Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker