Resit tertera perkataan hina Islam disiasat polis

Resit tertera perkataan hina Islam disiasat polis

BUKIT MERTAJAM: Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar resit pembelian makanan segera yang tertera perkataan menghina Islam di sebuah restoran makanan segera di Taman Inderawasih, Perai semalam.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah (SPT), Helmi Aris, berkata pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.



“Pada 8.30 pagi tadi, dikesan satu tangkap layar yang dimuat naik di laman sosial X memaparkan gambar resit pembelian makanan segera tertera tulisan menghina agama Islam disyaki berlaku di daerah SPT.

Pihak polis menerima satu laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pekerja restoran makanan segera itu pada 11.48 malam semalam, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata polis menjalankan siasatan awal terhadap maklumat individu yang membuat pesanan berkenaan dan individu terbabit menafikan ada membuat pesanan itu.

“Individu itu juga mengesyaki butir-butir peribadi dan alamatnya disalah guna oleh individu lain.



Pemeriksaan juga mendapati laman web restoran makanan segera berkenaan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan pengguna untuk membuat pesanan, katanya, sambil meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi. FMT

Resit tertera perkataan hina Islam disiasat polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fazura fail cerai terhadap Fattah

‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’



Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker