Teresa jumpa Jakim, Halal Development Corporation
Teresa jumpa Jakim, Halal Development Corporation
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, yang kini disiasat polis ekoran kenyataannya berkenaan pensijilan halal, mengadakan pertemuan dengan Jakim dan wakil Halal Development Corporation (HDC) hari ini.
HDC adalah badan di bawah bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI).
Kok berkata dia bertemu dengan Timbalan Ketua Pengarah Jakim Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Mohamad Zamri Mohamed Shapik dan wakil HDC di Parlimen hari ini.
Menurutnya, pertemuan itu semasa mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi yang turut disertai Jakim dan HDC bagi membuat pembentengan berhubung promosi pensijilan halal.
“Nampaknya kontroversi pensijilan halal ini berlaku atas sebab salah faham daripada pelbagai pihak. Saya rasa lebih baik bagi Jakim untuk memberi penjelasan mengenai isu ini.
“Mesyuarat jawatankuasa berkenaan usaha pensijilan halal ini dijalankan dalam suasana yang mesra,” katanya di Facebook.
Pemimpin DAP itu berkata Sirajuddin hadir ke mesyuarat itu selepas memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman berhubung siasatan terhadapnya.
Terdahulu, laporan polis dibuat ke atas Kok selepas dia berkata cadangan mewajibkan pensijilan halal kepada restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan daging babi dan alkohol akan membebankan peniaga kecil, termasuk milik Melayu.
Ia selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jakim sedang mempertimbangkan cadangan itu.
Kenyataan Kok mengundang kecaman, terutama daripada Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyifatkan Kok masuk campur dalam urusan agama Islam.
Kok kemudian mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Akmal untuk menuntut ganti rugi RM25 juta atas dakwaan memutar belit kenyataannya mengenai isu tersebut. Mk
Teresa jumpa Jakim, Halal Development Corporation
Baca Artikel Menarik:
- Jual kuih raya untuk bertanding di Paris, 2 beradik harum nama Malaysia
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Yusoff Rawther direman kerana didakwa miliki 2 pistol, dadah
- Hakim nasihat guru besar bertaubat
- Johan ulas kontroversi sindir PM di Hot FM
- Bring it on Teresa, I ‘am not afraid – Akmal
- Titah adendum Najib, katakan ya atau tak. Itu sahaja – Thanenthiran
- Tauke 99 Speed Mart bakal tersenarai terkaya di Malaysia
- Makin lawa Ira Kazar selepas menjanda
- Jangan panggil saya ustaz – Sabri Yunus
- Bahagian klitoris wanita Ivory Coast dijual untuk kegunaan ilmu hitam
- Ini kenapa Betty Banafe dipanggil polis
- Abang Bas menangis didakwa di mahkamah
- Isteri dimensia tak sedar suami sudah 2 hari rentung depan rumah
- EV kereta pakai buang?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari
You must be logged in to post a comment.