DAP tetap bantu UMNO dalam PRK Mahkota

Isu sijil halal tidak akan menjadi isu antara kerjasama Kerajaan Perpaduan.

DAP tetap bantu UMNO dalam PRK Mahkota

KULAI – DAP kekal komited membantu kempen calon UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota walaupun berlaku perselisihan faham antara segelintir pemimpin kedua-dua parti berkaitan isu pensijilan halal.

Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata perbezaan pandangan dalam sesuatu isu adalah perkara biasa walaupun bersama rakan dalam gabungan kerajaan.



“Saya faham dalam isu ini (pensijilan halal) mungkin ada pandangan yang berbeza, tetapi ini tidak akan menjejaskan kerjasama antara DAP dan UMNO, serta Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Banyak pihak telah menyuarakan pandangan mereka, saya rasa itu adalah perkara biasa, tetapi yang paling penting apabila suatu pandangan itu diutarakan ialah – bagaimana kita menjaga bahasa kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pembukaan Pusat Beli-Belah The Commune di sini hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi itu berkata pihaknya bersedia untuk menjelaskan sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang ketika kempen PRK DUN Mahkota termasuk isu pensijilan halal.

“Tidak mengapa.. kerana pembangkang biasanya akan memainkan apa-apa sahaja isu. Apa yang penting adalah kita menjelaskan sebarang isu berbangkit kepada rakyat.



“Ini bukanlah perkara yang telah dibuat keputusan oleh Jemaah Menteri, jadi kita mengalu-alukan pelbagai pandangan supaya dapat keputusan lebih komprehensif sebelum sebarang ketetapan dibuat,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai.

Terdahulu Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata pihaknya telah selesai merakam keterangan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berhubung isu pensijilan halal. MG

DAP tetap bantu UMNO dalam PRK Mahkota

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)



Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker