Cuba taici taufan, lelaki melayang ditiup angin

Cuba taici taufan, lelaki melayang ditiup angin

BEIJING – Seorang lelaki di Hainan mengundang perhatian pengguna media sosial kerana melakukan senaman taici untuk ‘menghalau’ dan berhadapan dengan Taufan Yagi, lapor saluran berita Must Share News semalam.

Taufan Yagi yang melanda wilayah itu dikategorikan sebagai kategori 5 dan berlaku sekitar pukul 4.20 petang (waktu tempatan) pada 6 September lalu.



Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform media sosial, warga emas yang tidak berbaju itu dilihat cuba menentang kelajuan angin sambil mempamerkan gerakan taici.

Klip rakaman seterusnya menunjukkan dia berpaut pada sebatang pokok yang senget ketika ‘ditolak’ angin kencang.

Meskipun mempamerkan seni mempertahankan diri itu, dia akhirnya terjatuh dan diterbangkan angin.

Lelaki itu kemudian cuba bangun tetapi gagal, menyebabkan kepalanya terhantuk di atas jalan dam terbaring tidak sedarkan diri.



Tidak dinyatakan keadaannya selepas itu, namun rakaman tersebut menjadi tular dengan rata-rata netizen kagum melihat keberaniannya untuk melawan unsur alam semula jadi.

“Anda perlu berlatih lagi, pengamal taici sebenar boleh berdiri teguh walaupun menentang tsunami tahap 36,” kata seorang netizen secara berseloroh. K Online

Cuba taici taufan, lelaki melayang ditiup angin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)



Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker