Bayi maut, jururawat ditahan
Bayi maut, jururawat ditahan
Jururawat ditahan susulan bayi berusia 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu, Kelantan.
Suspek yang ditahan 6 petang tadi akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu esok bagi permohonan reman selepas bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia ketika dibawa untuk rawatan di Kota Bharu Medical Centre (KBMC), semalam.
Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi di IPD Kota Bharu, kira-kira 8.24 pagi semalam.
“Mangsa merupakan seorang bayi lelaki berusia 30 hari didapati tidak sedarkan diri selepas diberi susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaganya.
Bayi itu kemudian dibawa ke KBMC untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia, katanya menurut Kosmo.
Beliau berkata, wanita itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk permohonan reman pagi ini.
Katanya, jururawat berusia lingkungan 20-an itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. FMT
Bayi maut, jururawat ditahan
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)