Tiada ketua polis negeri ditahan SPRM – KPN

Tiada ketua polis negeri ditahan SPRM – KPN

Polis menyangkal dakwaan berhubung tangkapan terhadap seorang ketua polis negeri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata dakwaan tersebut adalah berita tidak benar selepas pihaknya mendapatkan pengesahan SPRM.



Tiada tangkapan membabitkan ketua polis negeri dilakukan SPRM, berita itu tidak benar, katanya kepada Bernama.

Razarudin turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh menjejaskan imej polis.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki turut menafikan mengenai tangkapan membabitkan ketua polis negeri berkenaan dan menyifatkan berita tersebut adalah palsu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof turut menafikan perkara tersebut.



Cerita tak betul…banyak lagi cerita tidak betul dalam media sosial bukan hanya tentang ini sahaja, katanya.

Terdahulu, tular di aplikasi Telegram berhubung tangkapan melibatkan seorang ketua polis negeri oleh SPRM dan turut menemukan wang tunai berjumlah RM4 juta. FMT

Tiada ketua polis negeri ditahan SPRM – KPN

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)



Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker