Kartel tuntutan Perkeso, 2 doktor pakar dan ejen direman
Kartel tuntutan Perkeso, 2 doktor pakar dan ejen direman
Dua lagi doktor pakar tulang hospital kerajaan dan seorang ejen direman empat hari bagi membantu siasatan kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Sinar Harian melaporkan perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin di Mahkamah Majistret George Town hari ini.
Semuanya ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam susulan tangkapan tiga doktor dan 30 individu membabitkan kes sama pada Rabu.
Sumber dipetik Sinar Harian berkata, dua doktor pakar berusia 43 dan 50 tahun bertugas di sebuah hospital kerajaan di Seberang Jaya, manakala ejen terbabit berusia 32 tahun.
Modus operandi kartel ini juga sama, iaitu membuat tuntutan palsu melibatkan kecederaan tulang belakang dan ‘ligamen anterior cruciate’ (ACL), kata sumber itu sambil menambah mereka bergiat aktif sejak 2017 hingga tahun ini.
Kemungkinan ada lagi tangkapan membabitkan kartel tuntutan Perkeso serta dokumen palsu dengan bantuan doktor bersekongkol.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Semalam, tiga doktor pakar tulang bersama 30 individu direman sehari hingga tiga hari bagi membantu siasatan kes sama.
Jumlah tangkapan setakat ini ialah lima doktor pakar tulang dan 31 individu, termasuk 19 pemohon tuntutan, sembilan ejen dan tiga runner berusia 26 hingga 60 tahun.
Kartel tuntutan Perkeso, 2 doktor pakar dan ejen direman
Baca Artikel Menarik:
- Anwar patutnya berdepan dengan saya – Noraniza Idris
- Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada
- Kasihan Ben Nathan
- Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam
- Pemain Manchester United merajuk, belum ‘move on’
- Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
- Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
- Hamidin, langkah-langkah yang janggal
- Saya tiada DUN Melaka sendu – Norhizam
- Kalau mahu jadikan bukti, saya rakam Ebit sedang….. – Pengadu
- SPRM tahan 3 doktor kanan
- Khabib ke Malaysia hujung bulan ini
- Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan
- Kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah
- Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’
You must be logged in to post a comment.