Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim

Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim

BATU PAHAT: “Ini bukan kali pertama, masuk ini sudah dua kali kamu melakukannya (rompak),” itu teguran Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh terhadap seorang lelaki yang pernah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 selepas mengaku bersalah merompak wanita warga emas, bulan lalu.

Tertuduh, Kalairasan Chandan, 31, yang pernah menjalani hukuman atas kesalahan sama pada 2021, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun serta satu sebatan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Osman Affendi turut bertanyakan kepada tertuduh mengapa dia mengulangi tindakan sama walaupun pernah dijatuhi hukuman sebelum ini.

“Walaupun kamu terdesak, tapi tindakan (merompak) bukan cara yang betul. Apa jadi pada mangsa yang kamu rompak?

“Walaupun kamu tidak menggunakan senjata, ia bukan tindakan tepat. Ini mendatangkan kesan kepada mereka tidak berupaya seperti wanita dan masyarakat pun berasa tak selamat,” katanya.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak didakwa merompak rantai dan gelang tangan emas milik wanita berusia 69 tahun di sebuah rumah, Kampung Parit Haji Baijuri, Semerah, di sini, jam 1 tengahari, 26 Ogos lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan juga denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang ketika itu dari Selangor dibuang ke daerah ini, memasuki pintu belakang rumah mangsa sebelum menerpa ke arah wanita warga emas terbabit.

Ketika itu, tertuduh berkata pada mangsa ‘mahu hidup atau mati’ sebelum merentap rantai dan gelang emas milik warga emas terbabit.

Selepas merompak, tertuduh melarikan diri sebelum menjual barang kemas mangsa di sebuah kedai emas di bandar ini.

Perbuatan itu berjaya dibuktikan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dengan memaparkan kelibat tertuduh sedang menjual barang berharga terbabit.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Izzati Rozman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan yang boleh mendatangkan ketakutan kepada orang awam.

“Mahkamah perlu ambil kira rekod lampau tertuduh dalam kes sama, serta kepentingan orang awam berhubung tindakan dilakukannya,” katanya.

Sementara itu, ketika diberi peluang oleh mahkamah untuk membua rayuan, tertuduh memberitahu tindakan diambil itu kerana terdesak selepas sewa bulanan rumah tertunggak empat bulan.

“Saya perlu menanggung anak, isteri. Saya terima banyak kali panggilan supaya bayar sewa rumah tapi, saya tidak ada wang.

“Kerja saya tidak menentu, ada masa jadi nelayan, sekarang saya jadi kelindan lori besi buruk,” katanya sambil menangis.

Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bermula dari tarikh ditahan, 26 Ogos lalu serta satu sebatan. BH

Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim

Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.

Adik nampak bapa rogol kakak

Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker