Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis

Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kes seorang ahli politik yang didakwa terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan sedang diteruskan dengan mengambil keterangan daripada beberapa lagi individu membantu kes tersebut.

“Setakat ini polis mengambil keterangan daripada tiga individu termasuk ahli politik dan suaminya yang dikaitkan dalam kes berkenaan.

“Malah kita juga sedang mengesan seorang lagi individu untuk dirakam percakapan selain turut memanggil tiga penulis artikel berkenaan dalam kes tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Razarudin, kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 12 Seksyen Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Sebelum ini, media melaporkan PDRM sudah mengambil keterangan ahli politik dan suaminya yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di negara berkenaan.

Pasangan suami isteri itu selesai diambil keterangan pada Julai lalu selepas artikel pertama berhubung kes pemerdagangan itu dilaporkan di media.

Dalam perkembangan sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan turut melakukan siasatan mengenai dakwaan pembabitan seorang ahli politik yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan terbabit.

Siasatan ke atas ahli politik itu menyusul selepas Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dilaporkan mendesak SPRM menyiasat seorang ahli politik di negara ini yang didakwa terbabit sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa, modus operandi sindiket memperdaya mangsa secara dalam talian dengan menawarkan pekerjaan sebelum memaksa mereka bekerja sebagai scammer penipuan judi secara dalam talian.

Hishamuddin turut mendakwa ahli politik wanita itu pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen manakala suaminya adalah pesara kakitangan kerajaan.

Katanya, baru-baru ini tular satu video di media sosial pembongkaran sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar bertajuk ‘Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia’ yang diterbitkan di Indonesia.

Difahamkan ahli politik itu terbabit dalam sindiket berkenaan sejak Mac 2020 dan tular di media sosial baru-baru ini. MG

Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim

Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.

Adik nampak bapa rogol kakak

Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker