Elaun ‘on-call’ doktor bakal dinaikkan

Elaun ‘on-call’ doktor bakal dinaikkan

Pegawai perubatan sektor awam dijangka menerima berita gembira berhubung semakan semula kadar elaun bertugas atas panggilan atau ‘on-call’ tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri lalu dan mendapat reaksi positif Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



Kita telah mendapat respons yang positif daripada perdana menteri yang juga menteri kewangan dan setakat ini, kita menunggu amaun (elaun), katanya sambil membayangkan perkara itu akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Projek MyGenom di Institut Kesihatan Negara di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Pada 24 Ogos, Dzulkefly dilaporkan berkata cadangan daripada Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) berhubung kadar elaun tugas atas panggilan petugas perubatan akan diteliti dan dibawa kepada perdana menteri untuk dipertimbangkan. FMT

Elaun ‘on-call’ doktor bakal dinaikkan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker